Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Chain yang juga Ahli Parlimen Tawau, memberi nasihat tersebut berdasarkan pengalaman beliau ketika berada di Dewan Rakyat.

Bercakap dalam forum Tenik Berucap di Parlimen sempena Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017, Mary berkata, beliau bersemuka dengan berani terhadap pembangkang yang melontarkan soalan mengenai pengambilan guru mengikut pecahan kaum.

"Pembangkang tidak berpuas hati dengan jawapan saya dan mahu membuli saya. Serangan itu juga kerana ada 'gender bias' kerana saya sorang wanita. Malah mereka seolah-olah memandang rendah kebolehan orang Sabah.

"Saya berdiri dan beritahu sebagai (bekas) pengetua (sekolah) saya bersifat garang dan saya akan menjawab soalan mereka secara bertulis. Mereka terkejut. Saya tidak senyum dan diberitahu jika saya tidak senyum, hantu pun takut," kata Mary.

Turut menjadi ahli panel dalam forum yang berlangsung malam tadi adalah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Parlimen Mahasiswa


TIMBALAN Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching (tengah) bersama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin serta Ahli Dewan Negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (kiri) pada forum "Teknik Berucap Di Parlimen".-UTUSAN/NOORADZRENE MOHAMMED NOOR

 

Tegas Megat Zulkarnain mereka yang berbahas di dewan keramat di Parlimen tidak perlu takut untuk bercakap demi kepentingan rakyat.

"Falsafah yang saya pegang jangan takut bercakap atas kepentingan rakyat walaupun ada pihak tertentu yang menggunakan dewan negara seperti tempat sarkas namun kita perlu ikut peraturan dan jangan membuat serangan peribadi," nasihat Megat Zulkarnain.

Seorang lagi ahli panel,  Datuk Mat Nadzri Ahmad Dahlan yang juga Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Batang Kali, meminta mahasiswa dan golongan muda menggunakan platform yang tepat untuk menyuarakan pandangan dan bantahan.

"Kalau mewakili rakyat secara keseluruhan gunakan platform dan forum yang tepat untuk menyuarakan pandangan kita.

"Kita juga perlu tahu sejarah dan jangan menjadi si kitol moden supaya eamananan negara terjamin," kata Mat Nazri.

Parlimen Mahasiswa 2017 dimulakan dengan bengkel dan simulasi sidang parlimen pada 14 hingga 16 Julai diikuti raptai pada 17 Julai dan dua hari persidangan pada 18 dan 19 Julai yang diadakan di Dewan Rakyat sementara di Parlimen.

Tema untuk tahun ini adalah mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Negaraku.

Parlimen Mahasiswa 2017 disertai lebih daripada 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan enam buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Setiap IPT menghantar 10 orang wakil iaitu 5 terdiri dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 5 orang lagi dipilih oleh pihak universiti.-UTUSAN ONLINE