Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Parlimen Baling beri perhatian pada pendidikan

Abdul Azeez Abdul Rahim bersama sebahagian daripada guru besar
Abdul Azeez Abdul Rahim bersama sebahagian daripada guru besar yang menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Daerah Baling, Kedah, semalam.

BALING 27 Feb. – Isu berkaitan pendidikan akan terus menjadi perkara utama yang diberi perhatian di kawasan Parlimen Ba­ling bagi memastikan tidak ada dalam kalangan kanak-kanak di kawasan itu yang tercicir persekolahan mereka.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, lebih daripada itu, pihaknya turut meletakkan visi untuk membasmi masalah buta huruf dalam kalangan generasi muda di kawasan tersebut menerusi pembentukan jalinan kerjasama de­ngan semua pihak terlibat.

“Kalau boleh, kami mahu pastikan terdapat kerjasama padu antara Pejabat Pendidikan dan sekolah-sekolah di kawasan ini. Jika ada kekurangan di sana sini, insya-Allah kami di peringkat kepimpinan kawasan akan membantu.

“Sebagai contoh, baru-baru ini, sebanyak 68 sekolah di daerah ini kami berikan RM500 menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing sebagai bantuan untuk mereka belikan makanan di kantin sekolah untuk pelajar miskin dan daif agar tidak ada yang kelaparan sewaktu belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyua­rat Agung Majlis Guru Besar Daerah Baling di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah, Amiruldin Abdul Hamid dan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah, Mohd. Razali Md. Isa.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, setakat ini sebanyak 4,000 netbook telah diagihkan kepada pelajar kurang berkemampuan bagi membantu mereka mendekati dunia teknologi maklumat.

“Semua itu dilakukan demi kecemerlangan anak-anak kita di sini. Kami juga mengalu-alukan sebarang idea daripada penduduk setempat untuk dikete­ngahkan agar kita sama-sama dapat memastikan anak-anak di sini cemerlang dalam apa jua bidang diceburi,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain