supaya menambah dan kreatif mencari ilmu pengetahuan yang sebenar, yang turut boleh dibantu melalui teknologi moden pada zaman ini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, selain itu, pendakwah saudara baharu juga harus mengikuti perkembangan semasa supaya dapat mengambil contoh-contoh yang dekat dengan masyarakat dan tidak ketinggalan zaman.

Titah baginda, ilmu pengetahuan mendalam yang disampaikan oleh para pendakwah dan disertai dengan adab dan akhlak mulia, akan memberikan cerminan indah buat agama Islam.

"Selain itu, seorang pendakwah seharusnya mempersiapkan diri daripada segi mental dan fizikal bagi menghadapi dunia dakwah yang semakin hari semakin mencabar.

"Para pendakwah saudara baharu juga seharusnya boleh menjadi rujukan kepada mereka yang memerlukan bantuan daripada segi khidmat nasihat, kaunseling dan pendidikan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Malaysia Reverts [email protected] 2019 di Masjid Terapung Al Hussain, Kuala Perlis di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran One Centre Malaysia Perlis dan MAIPs itu disambut oleh Ketua Pegawai Operasi One Centre Malaysia Perlis, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

Untuk rekod, program ini merupakan perhimpunan saudara baharu yang pertama dan terbesar di Malaysia dan diiktiraf dalam Malaysia Malaysia Book of Record.- UTUSAN ONLINE