Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia,  Faridah Shuib memberitahu, kebanyakan mereka baharu sahaja dilantik bagi menjalankan peranan sebagai penghubung dan pemudahcara dengan jabatan-jabatan lain, media serta masyarakat dalam pelbagai bentuk urusan, sekali gus membawa imej agensi itu.

"Selain Pegawai Awam Maritim Malaysia Kelantan, Terengganu dan Pahang, turut serta dalam kursus ini ialah pegawai dari Zon Maritim Kemaman dan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS),"ujarnya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika mengadakan lawatan bersama para pegawai itu ke pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di sini bagi meninjau proses penghasilan dan penerbitan bahan berita tempatan.

"Saya berharap lawatan ini dapat menjadi permulaan mengeratkan lagi perhubungan dan memupuk persefahaman antara Maritim Malaysia dengan Utusan Malaysia, selaku akhbar perdana yang berpengaruh,"ujarnya. - UTUSAN ONLINE