Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, usaha itu turut melibatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengawal penjualan e-rokok atas talian.

Katanya, tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menjual e-rokok itu di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Kita ambil perhatian dengan laporan baru-baru ini yang mengatakan ada pengguna e-rokok di sekolah rendah.

“Siasatan akan dilakukan bersama Kementerian Pendidikan untuk diambil tindakan sekali gus mengawal penggunaan e-rokok dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gopeng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja di sini hari ini.

Boon Chye berkata demikian bagi mengulas pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini mengenai penggunaan e-rokok dalam kalangan pelajar sekolah yang kini berada pada tahap membimbangkan. - UTUSAN ONLINE