HISHAM AHMAD
HISHAM

Ketua Pengarah Eksekutif SPNB Aspirasi Sdn. Bhd., Hisham Ahmad berkata, projek perumahan yang tertangguh itu berpunca daripada masalah teknikal seperti kerja-kerja pemasangan kabel elektrik serta penurapan jalan.

“Secara fizikalnya, keseluruhan pembinaan melibatkan bangunan sudah siap dan hanya tiga peratus lagi masih berjalan melibatkan kerja-kerja teknikal.

“Selepas siap, pihak kami akan mendapatkan kelulusan daripada syarikat-syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom sebelum mendapatkan sijil layak menduduki (SLM) yang dijangka mengambil masa dua bulan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, atas sebab-sebab itu unit perumahan yang sepatutnya diserahkan pada November 2018 terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini. - UTUSAN ONLINE