Titah baginda, kerisauan penduduk terhadap aktiviti penebangan balak yang dilakukan sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam sekitar perlu diberi perhatian.

"Soal penebangan balak perlu dikurangkan dan tidak perlu dilakukan di kawasan yang tidak perlu untuk menjayakan program ini.

"Hakikatnya, hanya 250 hektar diluluskan untuk membuat jalan bagi membina grid elektrik, kita harap jangan melebihi (penebangan balak)," titah baginda selepas sesi taklimat sempena lawatan ke Kampung Janda Baik, di sini hari ini.

Yang hadir sama.Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Projek Pembinaan laluan grid TNB dari Kedah ke Johor yang bernilai RM1.5 bilion turut melibatkan 30 kilometer jajaran di kawasan Bentong. - UTUSAN ONLINE