Jurucakap Palembang, Amiruddin Sandy berkata, langkah itu yang buat julung kalinya dilaksanakan di Indonesia bertujuan membentuk golongan birokrat lebih peka dengan keadaan sekeliling dan meningkatkan produktiviti apabila bangun awal pagi.

“Apabila menunaikan solat subuh secara berjemaah, secara tidak langsung mereka akan bertemu dengan masyarakat dan mendengar masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Amiruddin turut memaklumkan bahawa mana-mana pegawai yang mengingkari arahan tersebut akan diberi amaran dan jika berulang, mereka akan dipecat. – AFP