SYED MOHAMMAD FAIZ AZEMMANT
SYED MOHAMMAD FAIZ AZEMMANT

Presiden PAKP, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, sebagai rakyat negeri ini, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berbangga dengan pelantikan tersebut.

"Terima kasih kepada Majlis Raja-Raja yang membuat keputusan memilih Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu.

"PAKP menaruh keyakinan tinggi baginda dapat menjalankan tugas sebagai ketua negara dengan baik dan bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataannya hari ini berkata, Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari ini.

Syed Danial berkata, baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Lantikan itu diputuskan selepas mesyuarat khas Majlis Raja-raja di Istana Negara hari ini. - UTUSAN ONLINE