Presiden PAKP, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, pertububan bukan kerajaan (NGO) itu mendoakan Dr. Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-94 tahun semalam diberikan kesihatan yang baik untuk mentadbir negara tercinta ini.

"PAKP berharap Tun Mahathir akan terus dapat memimpin negara ini dengan baik seterusnya menjadi sebuah negara maju," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Peka, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir turut mendoakan Dr. Mahathir supaya terus diberikan kesihatan yang baik untuk menerajui kepimpinan negara ini.

"Selamat ulang tahun kelahiran Tun yang ke-94 tahun," katanya. - UTUSAN ONLINE