Bagaimanapun, Perdana Menterinya, Imran Khan berkata, mereka akan bertindak balas sekiranya India menyerang Pakistan.

“Pakistan tidak hanya fikir untuk bertindak balas. Pakistan akan bertindak balas,” katanya ketika berucap yang ditayangkan dalam siaran di seluruh negara.

Tambahnya, beliau meminta India memberikan bukti penglibatan Islamabad dalam serangan letupan bom major pada Khamis lalu.

Menurutnya, jika terdapat kumpulan militan yang menggunakan tanah Pakistan untuk melancarkan serangan maka permusuhan itu dengan mereka.

“Permusuhan itu dengan kami dan ia adalah menentang kepada kepentingan Pakistan,” jelasnya. - AFP