Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2018, Datuk Peter Anthony berkata, semua jawatankuasa yang dibentuk sebelum ini untuk perayaan Pesta Kaamatan turut dikekalkan bagi menjayakan sambutan yang menjadi budaya utama negeri ini.

"Perkara ini tidak patut menjadi isu hanya kerana perbezaan politik. Sedangkan ia melibatkan budaya yang menjadi penyatuan seluruh masyarakat khususnya kaum Khadazan Dusun.

"Keputusan mengekalkan semua jawatan itu adalah kerana kita mengetepikan fahaman politik demi kepentingan budaya yang perlu kita pertahankan dan jaga untuk generasi akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Makan Malam Bersama Media sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2018, Jenifer Lasimbang. - UTUSAN ONLINE