Sehubungan itu, masyarakat Orang Asli mahu kerajaan memberi fokus kepada sistem yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan masyarakat itu yang sebahagian besarnya bekerja sebagai penoreh getah, petani dan mencari hasil hutan.

Bagi Ali Abd.Malik, 44, majoriti masyarakat orang Asli juga lebih selesa dengan kehidupan lama mereka dan menyifatkan pembangunan perlu dilaksanakan secara seiring dengan ekonomi serta pendidikan.

“Saya bekerja sebagai penoreh getah dan dengan harga getah yang tidak menentu sudah tentu pendapatan jatuh malah kini ramai daripada kami mencari pekerjaan lain.

“Jika ada pendidikan, sekurang-kurangnya dapatlah mereka mencari pekerjaan di tempat lain dan dalam masa yang sama anak-anak perlu diberi lebih banyak kesedaran terhadap kepentingan pendidikan,” katanya ketika ditemui di Kampung Pantos, Pos Lanai, di sini hari ini.

Dalam masa sama Ali menafikan dakwaan kononnya orang Asli menolak pembangunan dan arus pemodenan. - UTUSAN ONLINE