Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, notis itu dikeluarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Catut 5.0 yang bermula 8 Ogos lalu hingga semalam.

Katanya, dalam operasi itu, sebanyak 12 premis melibatkan sektor pengilangan diperiksa membabitkan 179 jenis barangan termasuk makanan, pakaian, barangan elektrik serta perabot.

“Turut diperiksa ialah 16 premis melibatkan pemborong dan pembekal serta 461 premis peruncitan yang melibatkan 13,622 jenis barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyertai Ops Catut 5.0 bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri di dua lokasi iaitu di Torto Food Industries Sdn. Bhd. dan pusat servis kenderaan Audi di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Kastam negeri, Datuk Saidi Ismail.-UTUSAN ONLINE