Menurut BNM, prospek ekonomi domestik kekal positif, sektor kewangan kukuh dan keadaan monetari serta kewangan menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif dasar monetari adalah sejajar dengan pendirian dasar untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuhan yang mantap dalam keadaan inflasi yang lebih rendah,” katamya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE