Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, syarikat itu mengamalkan amalan terbaik dalam operasi mereka serta tidak mengancam alam sekitar dan masyarakat.

Menurut beliau, pendapat segelintir pihak yang menyatakan kilang tersebut tidak selamat adalah tidak berasas.

“Keputusan kerajaan untuk memperbaharui lesen Lynas dibuat berdasarkan fakta dan pendapat profesional kami yang sentiasa memantau operasi mereka melalui agensi-agensi yang akan memaklumkan kepada masyarakat jika ada perkara tidak kena.

“Oleh itu, naratif yang dibawa oleh penentang Lynas adalah sekadar emosi semata-mata tanpa bukti kukuh. Kalau betul operasi mereka membawa kemudaratan kami akan hentikan dengan serta merta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE