Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, penganjuran pesta seperti itu juga perlu diadakan secara terkawal, bukan di khalayak ramai dan orang Islam tidak dibenarkan masuk ke pesta tersebut.

“Kita akan periksa dan sahkan sama ada pesta itu akan dianjurkan atau tidak.

“Kalau nak buat, buatlah permohonan, maka kena ikut peraturan,” katanya ketika diminta mengulas mesej tular mengenai penganjuran 'OktoberFest' yang dijangka diadakan di pusat beli-belah Mid Valley pada Khamis ini.

Khalid ditemui pada sidang akhbar berkaitan 23 transaksi tanah milik DBKL di Menara DBKL, di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan ‘OktoberFest’.

“Tiada permohonan untuk 'OktoberFest' di Mid Valley.

“Sekarang ini, bila dah tahu kita akan ambil tindakan dan tengok ada atau tidak perkara itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE