MUJAHID YUSOF
MUJAHID YUSOF 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, setakat ini, Khalid perlu menyediakan segala perundangan dan syarat-syarat penganjuran pesta tersebut.

“Saya juga berhubung rapat dengan Khalid supaya isu ini tidak menjadi masalah kepada umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 dan Majlis Pelancaran Buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Musadad Sulaiman; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen UPM, Dr. Razali Othman.

Khalid baru-baru ini dilaporkan membenarkan penganjuran Oktorberfest tetapi bersyarat iaitu pihak penganjur perlu membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan tidak dijalankan di tempat terbuka.

Dalam pada itu, tambah Mujahid, beliau juga sedang berbincang dengan mufti mengenai penganjuran pesta arak berkenaan.

“Secara asasnya, apa sahaja perkara mungkar, minum arak dan sebagainya, kita minta umat Islam jangan sertai,” ujarnya.

Terdahulu, Mujahid sewaktu berucap berkata, sumbangan wakaf yang diterima kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diagihkan bagi membantu golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) atau dengan erti kata lain seperti subsidi bersasar.

“Wakaf yang diusahakan atau diberikan ini sama ada bersifat pendidikan atau perumahan. Wakaf adalah penyumbang yang aktif untuk bangunkan negara. Wakaf jadi satu daripada kaedah untuk tangani masalah B40,” ujarnya.