Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau mewakili kerajaan dan rakyat negeri ini merafak sembah takziah kepada seluruh ahli keluarga serta kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Almarhum pagi tadi.

“Kemangkatan Almarhum adalah kehilangan amat besar bukan sahaja kepada negeri Pahang tetapi juga seluruh rakyat Malaysia kerana kita kehilangan seorang raja berjiwa rakyat.

“Almarhum banyak berjasa dalam lembaran sejarah negara sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong ketujuh.

“Kerajaan negeri dan seluruh rakyat mendoakan roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE