Meskipun tinggal di pedalaman, di kawasan Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, dia terus bersemangat meraikan sebagaimana yang dilakukan saban tahun sejak sedekad lalu.

Dia tidak lokek membelanjakan kira-kira RM200 untuk menghiasi kediaman dengan Jalur Gemilang, dan hiasan daripada barangan terbuang bagi menjayakan rutin tahunan itu.

Baginya itu cara mudah bagi orang kampung sepertinya menunjukkan rasa cinta kepada negara dan menghargai nikmat kemerdekaan.

“Saya guna duit setakat yang ada sebab kami bukan orang senang...yang penting semangat dalam diri kami sekeluarga tetap kuat.

“Sudah lebih 10 tahun kami turut sambut, sama ada terdapat atau tidak pertandingan dan juga kempen.

“Setiap kali musim sambutan kemerdekaan, saya dan keluarga suka sekali dapat turut serta dengan menghias rumah dan sekitarnya,” ujarnya ketika ditemui hari ini.

Tahun ini, bapa kepada lima orang anak, turut menerapkan tema ‘Sayangi Malaysia’ pada hiasan di halaman dengan bantuan isterinya Zaimah Mamat, 55, di samping jiran-jiran yang turut menyumbang idea.

Ditanya tentang persepsi orang ramai terhadapnya yang seakan taksub terhadap sambutan setiap tahun, dia tidak menafikan ada juga yang memandang sinis namun sedikit pun tidak menjejaskan semangatnya.- UTUSAN ONLINE