Populariti dan keyakinan diri kedua-dua calon itu melayakkan mereka menerima gelaran ber­kenaan pada malam yang penuh meriah yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, semalam.

Natasha yang berusia 23 tahun dan merupakan anak sulung daripada empat beradik itu berjaya ‘mencuri’ hati juri dan mendapat sorakan penonton sekali gus berjaya mengalahkan 20 lagi peserta.

“Saya teruja dengan kemenangan ini. Saingan pada pertan­dingan kali ini sa­ngat hebat, saya tidak menjangkakan akan memenangi gelaran MMK 2017.

Dengan kemenangan itu Natasha dan Marianny mene­rima mahkota selempang, jambangan bunga, serta hadiah iringan.

Majlis penyerahan mahkota itu dan hadiah kepada juara disempurnakan Presiden MMK 2017, Jason Lee.

Sementara itu, naib juara bagi kategori Miss Kebaya dimenangi oleh Amrit Kaur, 27, seorang peguam muda dari Kuala Lumpur dan ketiga, Siti Nur Balqis, 20, dari Pasir Mas, Kelantan. Bagi kategori Mrs. Kebaya, Simran Kaur di tempat kedua dan Sandra Lee, ketiga.