Sanusi,75, meninggal dunia di kediamannya di Pantai Dalam di sini, pagi tadi.

Menerusi laman Twitternya, Najib berkata sumbangan Allahyarham kepada UMNO dan Barisan Nasional akan dikenang dan terus dihargai.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah kepada keluarga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Sumbangan beliau kepada UMNO dan BN akan dikenang dan dihargai. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat. - BERNAMA