Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

Perdana Menteri dalam catatan terbaharu di blog beliau, najibrazak.com itu turut mengajak semua rakyat Malaysia mengeratkan perpaduan dan persefahaman dengan harapan sambutan ini membawa satu permulaan yang baru bagi Malaysia yang lebih maju dan berjaya.

Pada masa sama katanya, kesinambungan pemberian manfaat secara langsung melalui program dan projek-projek kerajaan sejak tahun 2009 kepada masyarakat India akan diteruskan untuk memastikan masa depan komuniti itu di Malaysia sentiasa terjamin.

“Percayalah, masa depan adalah milik kita bersama, ‘Naalai Namathey!’. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Ponggal, atau ‘Ponggal Vaalthukal’ kepada seluruh masyarakat India di Malaysia,” kata beliau. - UTUSAN ONLINE