Majlis bermula dengan solat Maghrib, bacaan Yasin, tahlil, solat hajat dan solat Isyak bersama-sama pelajar tahfiz tersebut.

"Alhamdulillah dapat menyertai majlis tahlil dan solat hajat sempena ulangtahun Kemerdekaan Ke-61 negara bersama pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifiqiyah malam ini," kata Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat mencatatkan tragedi apabila 21 pelajar  berusia enam hingga 16 tahun dan dua warden berumur 20-an terkorban dalam satu kebakaran pada 14 September 2017.

Pusat tersebut kemudian dibaiki dan dibangunkan semula.-UTUSAN ONLINE