MoU pertama melibatkan kerjasama kerajaan kedua-dua negara dalam bidang latihan untuk diplomat.

Malaysia diwakili Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Naina Merican manakala Sri Lanka, Menteri Luarnya, Tilak Marapana.

Kedua, pemeteraian kerjasama dalam bidang sains antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Sekretariat Penyelarasan bagi Sains, Teknologi dan Inovasi Sri Lanka (COSTI).

MoU itu ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman dan Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Penyelidikan, Udaya R. Seneviratne.

Sementara itu, MoU ketiga adalah kerjasama dalam aktiviti sains, teknologi dan inovasi serta sektor bioteknologi antara Malaysian Bioeconomy Develoment Cooperation Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohd. Shuhaizam Mohd. Zain dan COSTI oleh Seneviratne.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kini dalam lawatan rasmi pertama ke Sri Lanka.

Sempena lawatan Perdana Menteri, setem khas ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara turut dikeluarkan.

Turut mengiringi Najib ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Tun S Samy Vellu. - UTUSAN ONLINE