Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Najib puas hati MRT Fasa 2

NAJIB TUN RAZAK bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rakan-rakan media sosial beliau merasai 2
NAJIB TUN RAZAK bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rakan-rakan media sosial beliau merasai sendiri pengalaman menaiki MRT fasa 2 dari Stesen Pusat Bandar Damansara ke Stesen Merdeka, Stesen Muzium Negara dan Stesen KL Sentral, kelmarin. Rangkaian MRT akan dibuka sepenuhnya dari Sungai Buloh ke Rawang pada 17 Julai ini. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati de­ngan projek perkhidmatan Transit Ali­ran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (laluan SBK) yang dibangunkan dan diusahakan oleh ribuan anak tempatan sejak 2010.

Menurut Perdana Menteri, be­liau bersama keluarganya semalam berkesempatan meninjau dan mencuba sendiri tren fasa kedua MRT yang telah siap dan bakal beroperasi sepenuhnya pada Isnin ini.

Katanya, dalam lawatan tersebut, beliau ditemani beberapa rakan media soasialnya, Karl Syafek, Ridwan Mustafa, Akwa Arifin, Roselan Rosli, Kamaruzaman Adlan, Puteri Balqish, Faiz Dickie, Kuan Chee Heng, Fuzana Mokhtaza, Ibrahim Shahrudin, Shahril Sarapuddin, William Cheah dan YiLyn Chan untuk merasai pengalaman menaiki tren melalui beberapa stesen bawah tanah.

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan infrastruktur bertaraf dunia jajaran MRT laluan SBK yang dibangunkan, diusahakan oleh ribuan anak tempatan sejak 2010.

“Kepada semua yang terlibat, berbanggalah dengan pencapaian anda. Imbas kembali segala pe­ngorbanan tenaga, masa ber­istirahat bersama keluarga dan sahabat handai. Inilah hasil ke­ringat dan air mata anda! Saya sendiri amat bangga dengan anda semua,” katanya menerusi blog NajibRazak.com, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, visi beliau adalah untuk melihat sistem pengangkutan moden bukan sahaja boleh meng­hubungkan seluruh kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi juga sebuah sistem yang boleh digantung harap tahap keberkesanannya.

“Tahukah anda, tren kita mempunyai kadar frekuensi yang tinggi iaitu kira-kira 3.3 minit pada waktu puncak untuk setiap tren dan berupaya menampung kapasiti 1,200 orang pada satu-satu masa?” soalnya.

Selain itu, beliau turut menyifatkan MRT laluan SBK sebagai satu permulaan kepada sistem pengangkutan awam yang diim­pikan penduduk sekitar Greater Kuala Lumpur.

Beliau berkata, laluan Semantan-Kajang melengkapkan jajaran MRT SBK sepanjang 51 kilometer (km) dan bakal melalui kawasan berpopulasi tinggi dan strategik yang memerlukan perkhidmatan rel bandar seperti Kajang dan Cheras.

Jelasnya, MRT juga dibina untuk mengintegrasikan stesen Komuter, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan stesen Monorel bagi meningkatkan kemudahan kesalinghubungan perjalanan untuk pengguna seperti Stesen Muzium Negara dihubungkan dengan Stesen KL Sentral melalui laluan pejalan kaki sepanjang 240 meter yang selesa.

“Saya percaya, ini akan memberi galakan kepada pengguna jalan raya untuk memilih pe­ngangkutan awam. MRT turut menghubungkan destinasi-destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara, Bukit Bintang dan Pasar Seni.

“Lebih menarik lagi, tujuh ste­sen jajaran MRT SBK adalah stesen bawah tanah. Ketika tren melalui terowong bawah tanah sedalam tujuh tingkat semalam, saya gembira menerima maklum balas saudara Harvinth Skin yang memuji kecekapan sistem yang ada. Malah, saya maklumkan kepada beliau, kini kita tidak perlu lagi ke London dan Paris untuk merasai pengalaman sama,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berasa kagum dengan keunikan reka bentuk stesen bawah tanah yang direka de­ngan identiti tersendiri antaranya Stesen Merdeka yang mempunyai identiti Malaysia dan sarat de­ngan mesej kenegaraan yang boleh dihayati pengguna sementara menunggu ketibaan tren.

Beliau turut berkongsi pe­ngalaman menaiki perkhidmatan bas perantara yang selesa dengan harga RM1.

“Wahai rakyat Malaysia, 17 Julai ini, sama-samalah kita raikan satu lagi detik bermakna buat Negaraku, tanah airku. #JomNaik­MRT,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain