Bayaran jamin berkenaan adalah sebahagian daripada jumlah jamin RM3.5 juta yang dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Terdahulu, Najib, 65, tiba di mahkamah pada pukul 10.55 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire yang kemudian terus ke kaunter bayaran jamin untuk menandatangani dokumen ikat jamin.

Semalam, Perdana Menteri keenam itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kedudukan bagi mendapatkan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan wang haram.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014. - UTUSAN ONLINE.