Beliau berkata SIX merupakan pembayaran berasaskan impak atau 'pay-for-impact' pertama bagi Malaysia untuk menyalurkan sumber korporat yang belum diteroka kepada organisasi tujuan sosial (SPO) yang berprestasi tinggi.

Najib berkata platform berkenaan direka untuk seiring dengan bursa saham tradisional dan akan menjadi tumpuan untuk membiayai SPO dan projek yang membabitkan mereka.

"Inisiatif ini akan dilaksanakan secara bersama oleh Agensi Inovasi Malaysia dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), di bawah skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)," katanya pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawanan Global 2017 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Najib juga mengumumkan penempatan Makmal Inovatif Teknologi Pertubuhan Bangsa-bangsa yang pertama di Asia Tenggara di Futurise Centre. - BERNAMA