Konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JBP 2018) itu akan mengenal pasti golongan pelajar berkenaan di kalangan lepasan SPM Tahun 2013-2017 di 28 lokasi di 92 kawasan Parlimen.

Perdana Menteri melepaskan konvoi anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia 4B itu di perkarangan Pejabat Perdana Menteri.

Konvoi melibatkan sebuah bas, enam buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah van dan kenderaan pelbagai guna melibatkan 100 sekretariat pemimpin muda dan pemimpin pelajar itu dijadual tiba di destinasi pertama di Bagan Datuk, Perak pada 24 Mac.

Timbalan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan majlis JBP 2018 itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

Siri jelajah JBP 2018 akan tamat di Sarawak pada 1 Mei. - BERNAMA