Pemukiman selama dua hari itu akan memperhalusi kerjasama mengenai projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands Utara, Singapura.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Zulkifli Adnan berkata,

Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tentang RTS pada Selasa ini.

"Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan," katanya kepada media Malaysia, di sini sebentar tadi.

Selain RTS, kedua-dua pemimpin juga dijangka membincangkan lanjut tentang projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi  Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Zulkifli berkata, projek RTS dan HSR, masing-masing dijadualkan siap pada 2024 dan 2026 dan bagi tempoh tersebut pelbagai usaha akan diambil bagi mengurangkan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kedua-dua negara yang menjadi isu sejak sekian lama, khususnya pada waktu puncak. - UTUSAN ONLINE