Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Najib dan isteri bertemu pelajar dan diaspora Malaysia

Najib pelajar AS
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyanyikan lagu ‘Aku Negaraku’ bersama para pelajar Malaysia di Amerika Syarikat ketika majlis makan malam yang diadakan di Kedutaan Malaysia pada Isnin sempena lawatan kerja beliau ke negara berkenaan. Turut serta dalam majlis berkenaan, Duta Malaysia ke AS, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique. - FotoBERNAMA

WASHINGTON DC 12 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan dengan para pelajar dan diaspora Malaysia pada jamuan malam di Kedutaan Besar Malaysia di sini Isnin.

Najib dan isteri berada di Washington DC untuk lawatan kerja tiga hari yang bertumpu kepada pertemuan bersama Presiden Donald J. Trump yang dijadual berlangsung di Rumah Putih pada Selasa.

Pada majlis itu, Perdana Menteri memberi gambaran situasi semasa di Malaysia serta pesanan sempena Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia. Terdapat kira-kira 28,000 rakyat Malaysia menetap di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata pertemuan beliau dengan Presiden Trump akan membolehkan beliau menjelaskan kepada Amerika Syarikat bahawa Malaysia berazam untuk menjadi sebuah negara yang maju dan menjanjikan lebih banyak peluang.

Najib berkata, Malaysia akan terus menyokong usaha global untuk memerangi keganasan dan pada masa sama menyebarkan imej sebenar Islam. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain