Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Najib bincang isu Rohingya dengan Trump

Rohingya
Pelarian Rohingya menghulungkan tangan meminta makanan yang dibawa oleh organisasi kemanusiaan tempatan di Ktutupalong, Bangladesh pada 9 Septemberlalu.-REUTERS

WASHINGTON 10 Sept. - Kekejaman berterusan terhadap etnik Rohingya di Myanmar dijangka dibincangkan semasa pertemuan empat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Donald J Trump serta mesyuarat delegasi Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata, isu berkenaan menjadi antara keutamaan dalam pertemuan Najib-Trump di Oval Office pada 12 September.

“ Ini diikuti dengan mesyuarat delegasi dengan anggota Kabinet pentadbiran Trump serta penasihat kanan beliau, termasuklah Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Menteri Pertahanan James Mattis, Ketua Staff Jeneral John Kelly, Penasihat Keselamatan Negara Lt. Jeneral H.R. McMaster dan Penasihat Kanan Jared Kushner, katanya kepada media Malaysia di sini,

Dalam mesyuarat delegasi, kata Zulhasnan,

kedua-dua pihak juga akan menilai status kerjasama dua hala di dalam pelbagai bidang dan meneroka peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

“Malaysia berhasrat mengambil peluang ini untuk membincangkan kerjasama di dalam bidang ekonomi, keselamatan, pertahanan, pendidikan, anti keganasan, imigrasi, sains dan teknologi, serta hubungan sesama rakyat.

“Isu-isu berkepentingan bersama berkaitan dengan keselamatan serantau dan ancaman global dijangka turut dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin” jelasnya,

Tambah beliau, satu kenyataan bersama akan dikeluarkan pada akhir pertemuan bersejarah ini.

Terdahulu Perdana Menteri dan delegasi yang dijangka tiba di Washington, pada 11 September, akan mengadakan pertemuan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di dalam satu majlis makan malam di Kedutaan Besar Malaysia di sini

Satu lagi acara penting semasa lawatan ini, kata Zulhasnan, ialah majlis resepsi dan makan malam yang dianjurkan bersama AS-Majlis Perniagaan ASEAN-AS dan Dewan Perdagangan AS pada 12 September.

“Perdana Menteri akan bertemu dengan pemimpin korporat, serta menyampaikan ucapan di dalam acara tersebut. Sebelum resepsi tersebut, Menteri Petdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mengadakan dialog dengan tokoh korporat serta pegawai Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perdagangan AS,” katanya

Malaysia juga, menurutnya, menjangkakan satu Perjanjian Persefahaman akan ditandatangani di antara Malaysia Airlines Berhad dan Boeing Aircraft Corporation pada hari yang sama.

Perjanjian ini merupakan satu lagi bukti pengukuhan hubungan ekonomi di antara Malaysia dan AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sejak Januari hingga Julai tahun ini, kita telah menyaksikan peningkatan jumlah perdagangan dua hala sebanyak 20.3 peratus berjumlah RM93.77 bilion atau AS$21.44 bilion. Di dalam tempoh masa tersebut, eksport Malaysia ke AS telah meningkat sebanyak 11.1 peratus manakala import dari AS ke Malaysia melonjak sebanyak 33.1 peratus.

“Dari segi pelaburan, secara kumulatif, jumlah pelaburan AS di Malaysia berupa projek yang telah diluluskan sehingga Disember 2016 berjumlah AS $28.57 bilion. Sehingga Ogos tahun ini, pelaburan Malaysia di AS secara kumulatif berjumlah AS $14.56 bilion,” jelasnya.

Malaysia, tambah beliau, percaya kedua-dua negara mempunyai potensi yang tinggi dalam kerjasama ekonomi.

Melalui lawatan kerja ini, jelasnya, Malaysia berharap agar hubungan perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan AS akan dapat terus diperkukuhkan lagi.

Zulhasnan berkata, pada keesokan harinya, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (Center for Strategic and International Studies – CSIS) di sini sebagai sebahagian dari dialog Forum Banyan Tree Leadership.

Katanya, Najib akan mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi dan ahli-ahli US Senate Committee on Foreign Relations di bangunan Capitol.

Mesyuarat ini adalah penting memandangkan Komiti yang berusia lebih 200 tahun ini memainkan peranan penting dalam membentuk dan mempengaruhi dasar luar AS, katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain