Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui infrastruktur ini, MYREN-X dijangka memacu kecemerlangan penyelidikan dan pendidikan tinggi masa hadapan negara.

Katanya, menerusi penyelidikan, Malaysia berharap infrastruktur ini dapat menghasilkan saintis-saintis bertaraf Nobel Laureatte selain mentransformasikan pendidikan tinggi negara berciri abad ke-21.

"Saya menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi atas inisiatif penubuhan sebuah konsortium yang terdiri 20 buah universiti awam yang dinamakan MYREN Networks Sdn. Bhd.,” katanya sewaktu berucap pada majlis pelancaran MYREN-X di Dewan Tunku Canselor,  Universiti Malaya di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi,  Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak. - UTUSAN ONLINE