Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah berkata, jumlah pendapatan tersebut adalah selaras dengan salah satu janji kerajaan iaitu meningkatkan pendapatan rakyat yang terbanyak.

Katanya, kejayaan program itu juga dibantu dengan permintaan yang tinggi daripada masyarakat terutamanya dalam memberi khidmat urutan untuk lelaki sama seperti program MamaCare yang memberi khidmat penjagaan ibu selepas bersalin.

"Berniaga urutan adalah cukup mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak malah boleh dimulakan dengan serta-merta tetapi dengan strategi dan teknik yang betul, pelatih MyPapaCare boleh jana pendapatan yang banyak.

"Seperti program MyPapaCare di Sarawak beberapa bulan lalu, ada pelatih yang mula-mula memperoleh antara RM1,500 hingga RM1,900 tetapi kini sudah mencecah RM3,000 sebulan, ini terbukti permintaan adalah tinggi jadi ambillah peluang untuk ceburi bidang ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Bengkel Latihan Kapasiti Kesejahteraan Lelaki MyPapaCare Peringkat Negeri Selangor di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE