Antara kenderaan yang diimport merupakan kenderaan jenis sedan, pelbagai guna (MPV), utiliti sukan (SUV), kenderaan pacuan empat roda (4WD) serta kenderaan mewah.

Di bawah pimpinan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ahmad Kemin, Mutiara Motors telah berjaya mengukir nama dalam industri automotif dan permotoran tempatan serta antarabangsa.

Mutiara Motors berkembang dan mempelbagaikan cabang perniagaannya menerusi syarikat bersekutu yang ditubuhkan iaitu Mutiara Motorsports Sdn. Bhd., Mutiara Motors Performance Product Sdn. Bhd. dan Yayasan Sayang Mutiara.

Mutiara Motosports Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 2005 dilantik sebagai Peniaga Kebenaran (3s) untuk kenderaan Toyota baharu oleh UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. dan kini beroperasi di Taman Perindustrian Plentong, Masai.

Mutiara Motosports juga diberi kuasa Lexus Malaysia (Bahagian UMW Toyota) sejak 2011 untuk menyediakan pelanggan Lexus satu pusat sehenti bagi jualan, perkhidmatan dan alat ganti di Pusat 3S Jalan Cenderawasih.

Sementara itu, syarikat M7 Japan Motor Oils & Merchandise yang ditubuhkan pada 2006 memiliki kepakaran dalam menghasil dan mengedarkan minyak pelincir berprestasi tinggi untuk kereta dan motosikal bertaraf dunia.

Ahmad bersama isterinya, Datin Ramlah Mohamed turut merencanakan penubuhan Yayasan Sayang Mutiara (YSM), sebuah pertubuhan kebajikan pada 14 Ogos 2009 yang beroperasi di Jalan Cenderawasih, Larkin.