Mustapa dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Yang turut menerima anugerah sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong.

Keseluruhannya sebanyak 760 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran ne­geri diumumkan sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-77 hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai tersebut de­ngan dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Selain Mustapa dan Ka Siong, turut menerima darjah pada sesi pertama hari ini ialah tiga penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Maa­rop; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Roslan Saad dan Pengerusi Lembaga Pe­ngarah Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Yang turut tersenarai menerima darjah tersebut ialah Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali.

Turut menerima darjah yang membawa gelaran Datuk ialah empat penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam ne­geri, Zaidi Atan; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Md. Rawi Mahmud; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian ne­geri, Sulaiman Md. Ali dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sukan dan Anti Dadah negeri, Datuk Ng Choon Koon.

Sesi pertama penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran hari ini turut menyaksikan sebanyak 26 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, antaranya ialah Ahli Dewan Negara merangkap Setiausaha MCA negeri, Senator Koh Chin Han; Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Pemuda UMNO Melaka, Senator Zali Mat Yasin; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus; Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka, Khalid Omar dan Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Mohd. Shahrizan Che Mat Din.

Turut menerima DPSM ialah Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Melaka, Rozlan Mohamed; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, The New Straits Times Press (M) Berhad, Badrul Hisam Othman dan Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri, Zukri Valenteno Mohd. Ali.