FAKARIAH HANI MOHD ALI

Bahkan, identiti pengguna pun sukar dikesan kerana dilindungi oleh protokol VPN, selain maklumat palsu dimasukkan ketika menggunakan saluran tersebut.

Hal itu diakui Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Fakariah Hani Mohd Ali (gambar). Beliau menjelaskan, laman web lazim dilayari setiap hari dan hanya sebahagian kecil daripada dunia internet sebenar.

“Laman web biasa seperti Google dan Yahoo dipanggil sebagal ‘surface web’ hanyalah sebahagian kecil, kira-kira empat peratus sahaja.

“Paling besar adalah ‘deep web’ yang mengandungi dokumen rahsia seperti data peribadi, akaun bank dan laporan kesihatan iaitu dalam lingkungan 90 peratus.

“Enam peratus lagi adalah ‘dark web’ yang mengandungi laman seperti pasaran dan forum gelap, pornografi ekstrem dan jenayah pembunuhan,” jelas pensyarah bidang kriptografi dan forensik digital itu.

Tambah beliau lagi, identiti pengguna ‘dark web’ sukar dikesan kerana perubahan internet protokol dan penggunaan VPN.

“Dengan menggunakan perisian tertentu untuk melayari ‘dark web’, secara automatik internet protokol pengguna akan berubah dan mereka akan dikesan berada di lokasi berbeza.

“Selain itu, sisi gelap internet juga dienkripsi supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa yang memantau. Malah alamat lamannya juga unik dan pelik! Hanya pemantau di syarikat boleh sekat capaian internet pekerjanya.

“Saranan saya, usah layarinya kerana ia boleh memerangkap kita ke kancah jenayah dan berkemungkinan dikenakan tindakan undang-undang,” tegasnya.