Ini selepas mural Muhammad Adib yang dilukis di bahagian bawah jalan bertingkat di Seksyen 15, sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan nyawa anggota bomba tersebut diconteng dengan cat hitam, malam semalam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Seorang pengguna Facebook, Sujita Soorian, yang memuat naik mural Muhammad Adib dalam keadaan berconteng itu berkata, dia terkejut melihat keadaan itu kerana pada sebelah siang semalam, mural berkenaan masih baik.

“Walaupun kau (Muhammad Adib) sudah tiada. Ada orang cuba tutup jejak-jejak pahlawanmu.Mereka pasti gagal. Mereka akan buntu kerana kita tetap bersamamu.

“Tangan-tangan gatal menconteng gambar Allahyarham Adib di Seksyen 15 Shah Alam,” catatnya di Facebook, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE