Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mulvec 2,3 lebih memberangsangkan – Idris

Idris Jusoh bergambar bersama semua pemenang di Majlis Penyampaian
IDRIS JUSOH bergambar bersama semua pemenang di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Multimedia (Mulvec) Siri 1, di Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 17 Mei – Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan Pertandingan Video Multimedia (Mulvec) 2017 Siri 2 dan 3 akan mendapat sambutan lebih memberangsangkan daripada golongan pelajar di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keyakinan itu berdasarkan kejayaan penganjuran Mulvec Siri 1 yang menyaksikan penyertaan sebanyak 87 institusi pendidikan tinggi seluruh negara.

“Kementerian akan terus bekerjasama dengan Kumpulan Utusan untuk meneruskan momentum kecemerlangan ini pada siri kedua. Siri 1 Mulvec ini kita lihat sebagai pemanas badan. Kita mungkin akan membuka (siri seterusnya) kepada masyarakat keseluruhannya.

“Kita berharap mereka yang menyertai kelak bukan mengeluarkan video semata-mata tetapi memahami program-program yang dijalankan oleh kementerian,” ka­ta­­­nya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Mulvec 2017 Siri Pertama di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pe­ngarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Mulvec merupakan pertan­dingan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Utusan Online yang dibahagikan kepada tiga siri bermula 1 Disember lalu untuk Siri 1 manakala Siri 2 sedang berlangsung sehingga 31 Mei ini seterusnya Siri 3 bermula 1 Jun sehingga 15 Ogos nanti.

Pemenang pertama akan membawa pulang wang tunai RM10,000; kedua RM5,000; ketiga RM3,000 dan 10 hadiah saguhati RM1,000 setiap peserta.

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, Pahang merupakan institut pengajian tinggi yang menghantar penyertaan terbanyak untuk Mulvec Siri 1.

Mengulas lanjut, Idris berkata, hasil kerja oleh peserta-peserta pada Mulvec Siri 1 berupaya mengete­ngahkan kejayaan serta perkembang­an terkini kementerian.

Sebagai contoh, kata beliau, penceritaan tentang keprihatinan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pe­minjam-peminjamnya serta kempen #bolehbincang oleh peserta dilihat sebagai medium yang baik dalam menyedarkan masyarakat.

“Selain isu PTPTN, kita ada juga bercakap tentang Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) iaitu bagaimana untuk belajar bagi mereka yang berpengalaman be­kerja dan sebagainya,” katanya.

Menerusi Mulvec, tambah Idris, pelajar akan memahami tentang program-program dilaksanakan oleh kementerian dengan lebih mendalam dan seterusnya me­nyam­paikan pemahaman me­reka itu kepada lebih banyak anggota masyarakat.

“Kita juga akan buka penyer­taan pertandingan ini kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi swasta pada siri seterusnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain