SIDEK BABA

Dekan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, selain itu, pelajar juga perlu didedahkan mengenai iktibar yang boleh diambil daripada sejarah agar tidak berlaku pengulangan semula sejarah yang memeritkan pada masa depan seperti penjajahan.

“Sejak kecil hingga ke peringkat universiti, anak-anak kita perlu diberikan pendedahan tentang Perlembagaan Persekutuan dan sejarah pembinaan bangsa kerana kita tidak mahu mereka membesar tanpa menghormati sejarah.

“Pendidikan me­ngenainya boleh dijalankan secara lebih interaktif dan santai dengan menggunakan teknologi terkini agar ia boleh memberi kesan lebih mendalam kepada generasi muda,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah me­ngenai pentingnya masyarakat negara ini memahami sejarah dan Perlembagaan Persekutuan.

Teo Kok Seong
TEO KOK SEONG

Dalam pada itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, pendedahan mengenai Perlembagaan Persekutuan itu boleh diterapkan di dalam mata pelajaran tertentu seperti Sejarah agar pelajar tidak terbeban dengan penambahan bilangan mata pelajaran baharu.

“Kita mesti menerangkan dan beri pemahaman me­ngenai fasal-fasal di dalam Perlembagaan Persekutuan yang sering dipertikaikan pada masa ini.

“Antara fasal tersebut ialah fasal 3 yang menyentuh mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan, Perkara 152 (mengenai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan), Perkara 153 (kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak) serta kedudukan Raja-raja Melayu,” katanya.

Menurutnya, fasal-fasal berkenaan sering menjadi pertikaian kerana sejak kecil lagi masyarakat tidak diterapkan dengan pemahaman mengenainya yang memberi hak dan keadilan sama rata tanpa sebarang diskriminasi kepada mana-mana kaum.

“Selain golongan pelajar, masyarakat juga perlu didedahkan dengan Perlembagaan Persekutuan serta sejarah negara untuk mereka lebih menghormati negara ini,” katanya.

Kuala Lumpur 7 November 2016 - Presiden GPMS,Zambri Mohd Isa di
ZAMBRI MOHD. ISA

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, satu modul khas yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan perlu diperkenalkan di peringkat sekolah bagi memastikan pelajar memahami roh perlembagaan itu dengan lebih mendalam.

“Apa yang berlaku pada masa ini disebabkan semangat Perlembagaan Persekutuan tidak diterapkan sejak kecil, jangan biarkan perkara ini berlarutan kerana kesannya buruk untuk masa depan,” katanya.