Bagaimanapun, ujar Muhyiddin, pihaknya sedang dalam proses meneliti keperluan bagi mengadakan rombakan dalam PDRM untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kata beliau, pihaknya memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa memastikan setiap kementerian, agensi dan jabatan berfungsi dengan penuh tanggungjawab, telus dan berintegriti.

"Saya menerima pelbagai pertanyaan dari orang ramai dan wakil media mengenai perkara ini. Saya menafikan dakwaan rombakan besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi PDRM bakal dibuat bulan hadapan sepertimana yang disiarkan di media massa," kata dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE