Semalam mereka bertemu semula dalam program Reunion SMKAP 86, di Kampung Batu 14, Jalan Air Putih, untuk kembali mengimbas masa lalu dan mengukuhkan jalinan persahabatan yang dimeriahkan dengan gotong-royong memasak bubur asyura.

Penganjur program, Saidi Ismail berkata, dengan kemudahan teknologi perhubungan masa kini, melalui 

laman sosial, rakan-rakan yang lama terpisah membawa haluan masing-masing mudah dijejak dan dihubungi.

"Dalam tempoh tiga minggu, saya dapat menghubungi rakan-rakan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook. Alhamdulillah hari ini kami dapat berkumpul bersama-sama keluarga masing-masing yang sebahagiannya datangnya dari Johor, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

“Sempena pertemuan semula kali ini juga, pihak kami mengadakan program memasak bubur asyura untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing dan sebahagiannya  diagihkan kepada jemaah Masjid Kampung Batu 14 di sini," ujarnya.-UTUSAN ONLINE