Ini berikutan cabaran Mohd Asri terhadap Siti Kasim untuk berdialog secara terbuka berkaitan isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

"Saya benar-benar rasa beliau taksub dengan diri saya. Kalau tidak masakan dia mengambil kira setiap apa yang saya katakan atau buat, betul?

"Sangat melucukan apabila seorang lelaki dengan kedudukannya khuatir tentang apa yang dikatakan oleh seorang wanita. Saya tertanya-tanya apa yang agak yang beliau risaukan?" kata Siti Kasim yang juga aktivis masyarakat dalam Facebook beliau hari ini.

 

Mohd. Asri hari ini berkata, bahasa dan gaya yang dipertontonkan oleh Siti Kasim dalam isu LGBT sangat tidak matang dan janggal serta  tidak menepati nilai budaya timur dan Nusantara.

Beliau berharap ada pihak yang boleh menganjurkan dialog terbuka dengan peguam berkenaan.-UTUSAN ONLINE