Anugerah itu disampaikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Yusmadi Yusoff kepada Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan telah mewakili Panglima Tentera Udara.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan MTU-Sekretariat Delta TUDM telah merangkul anugerah berkenaan buat kali kedua selepas memenanginya pada tahun 2017.

Penilaian bagi penerima anugerah itu dilaksanakan berdasarkan keaktifan penyaluran rencana atau informasi menerusi platform laman sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram. 


Pertandingan itu diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan agensi kerajaan mahupun swasta yang menggunakan medium media sosial sebagai platform hebahan maklumat kepada umum.

Sebanyak 33 kategori dipertandingkan dalam anugerah tersebut membabitkan penglibatan pencalonan sebanyak 240 agensi.

Penilaian dibuat daripada panel profesional telah mengenal pasti 33 pemenang yang layak bagi setiap kategori dipertandingkan. - UTUSAN ONLINE