Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sempena majlis Pelancaran MRT Fasa Dua SBK.


Beliau berkata, ia adalah sebagai hadiah istimewa bagi meraikan pencapaian bersejarah projek infrarakyat itu. 


“Kita membentuk masa depan negara. Inilah lambaran Malaysia akan datang.


“Ini adalah titik permulaan... Kalau rakyat memberikan keyakinan, apabila tiba masa nanti kita akan mencapai hasrat menjadi sebuah negara moden, maju, hebat dan cemerlang. Insya-Allah ia akan menjadi kenyataan,” katanya. - UTUSAN ONLINE