Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana daripada 31 stesen laluan Sungai Buloh-Kajang, majoriti terletak di Selangor.

“Rakyat Selangor perlu sedar dan ber­syukur dengan pembinaan sistem pengangkutan awam moden oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mula berope­rasi hari ini kerana pengangkutan awam ini turut memberi manfaat kepada mereka.

“Walaupun Selangor di ba­wah pemerintahan pembangkang, namun perkara itu dike­tepikan demi pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya,” katanya dalam majlis perasmian MRT Fasa Kedua Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stadium Kajang dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pembangunan yang dilancarkan hari ini adalah ‘Kajang Move’ yang sebenarnya dan bukan seperti yang dilakukan pembangkang sebelum ini.

Beliau seterus­nya menzahirkan ucapan­ tahniah ke­pada kerajaan ke­rana dengan adanya­ kemudahan peng­angkutan awam itu­ masyarakat bandar dapat hidup dengan lebih sejahtera, malah kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan selain berupaya mengembangkan ekonomi dalam kawasan bandar.

“Saya pernah tertanya-tanya adakah Malaysia mampu mempunyai sistem pengangkutan bawah tanah seperti di London semasa melihatnya pada awal tahun 80-an, tetapi hari ni terbukti bahawa negara kita adalah terbaik dan membangun dalam aspek pengangkutan awam,” tambahnya.