Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, laluan sepanjang 31km itu kini dalam proses pelbagai ujian dan fasa kedua itu akan melengkapkan operasi laluan MRT Sungai Buloh - Kajang sepanjang 51km.

Fasa 1 MRT iaitu laluan Sungai Buloh - Semantan sepanjang 20km mula beroperasi Disember lepas.

Katanya, ujian ini perlu dijalankan bagi memastikan pergerakan tren tidak mengalami kecacatan selepas perkhidmatan dilancarkan.

"Kalau kita lihat tren sudah sampai ke Kajang.., itu adalah proses pengujian," katanya pada majlis penghantaran 49 Kapten Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Makkah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini. - BERNAMA