Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MRT cepat ke destinasi

MRT
Tren Transit Aliran Massa (MRT) yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Stesen Stadium Kajang selepas beliau melancarkan Fasa 2 MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) di Stesen Tun Razak Exchange (TRX) hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 17 Julai - Fasa kedua Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi telah beroperasi pukul 4 petang tadi.

Tinjauan UTUSAN ONLINE mendapati rata-rata pengguna berasa bangga dengan adanya pengangkutan awam yang memudahkan mereka ke destinasi dengan cepat dan mudah.

SAIFUL RIDZUAN
SAIFUL RIDZUAN

Salah seorang pengguna, Saiful Ridzuan, 30, berkata, MRT menjadikan perjalanan cepat dan pantas.

"Tidak membuang masa, apabila MRT berhenti tidak terlalu lama.

"Kemudahan yang disediakan banyak, seperti ruang tangga bergerak yang lebih besar, luas, dan selesa," katanya ketika ditemui di stesen Tun Razak Exchange (TRX).

Fasa kedua sepanjang 51 kilometer melibatkan 33 stesen dengan tujuh daripadanya melibatkan stesen bawah tanah.

MILLIE TAN
MILLIE TAN

Sementara itu, Millie Tan, 60, berkata, sebelum ini terpaksa memandu sendiri dan perjalanan mengambil masa yang panjang, kini tidak lagi dengan adanya MRT.

"Bukan itu sahaja, wujudnya MRT turut memberi kemudahan kepada orang kelainan upaya (OKU) dengan jalan yang disediakan.

"Saya yakin ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan menjimatkan kos sara hidup," katanya.

Beliau berharap, kerajaan dapat mengekalkan harga tambang supaya tidak membebankan rakyat. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain