ALLAHYARHAM Mohd. Mokhtar Dahlan

Allahyarham yang jawatan terakhirnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dijangka dikebumikan sebelum Zohor.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

“Salam takziah kepada seluruh isi keluarga Allahyarham. Warga Subang amat bersedih dengan pemergian seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat, negeri dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE