Perdana Menteri  berkata, beliau juga  mengkaji dan menimbang peranan sesuai untuk diberikan kepada bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Beliau mempunyai kepakaran dan pengetahuan tentang kesalahan-kesalahan yang telah berlaku sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dua tahun lalu, negara dikejutkan dengan pengunduran Mohd.Shukri dan Abu Kassim Mohamed secara serentak ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tempat Abu Kassim digantikan oleh Dzulkifli manakala kedududkan Shukri diambil alih Datuk Seri Azam Baki. - UTUSAN ONLINE